Pages

Tuesday, December 20, 2011

DAKWAH ITU SUCI~

dakwah itu fitrahnya suci.
dakwah itu fitrahnya bersih,

membawa manusia menuju ilahi.
membentuk manusia
menuju islam kamil n syumul..

tapi Ya Allah.
maafkan kami kalau dakwah kami canggung.
kalau cara kami banyak salahnya.
kalau kata-kata kami banyak mengundang fitnah.

maafkan kami Ya Rasulullah.
kalau dakwah kami banyak cacatnya.
kalau dakwah yang kau bawa mulia.
kami calarkan dgn gurisan yang dalam
kami comotkan dgn warna-warna yang kelam

tapi percayalah Ya Allah.Ya Rasulullah.
segala apa yang kami lakukan
adalah kerana kami rasa,
kerana kami menghayati.
kami dapat selami.
dengan izin dan rahmatmu
indahnya Islam yang sebenarnya.
dan kami ingin berkongsi dgn dunia
apa yang kami rasa.


kami x larat simpan sorang2 Ya Allah.
Ya Rasulullah.
Islam yg Indah.
kami x daya utk kembang
menyedut ilmu sorang-sorang dalam 
keindahan Islam dan duduk diam tanpa menyampaikan.
kerana kami tahu Islam adalah untuk semua.

walaupun disuruh berdiam diri.
kami tak sanggup Ya Allah.
kami tidak rela melihat rakan-rakan kami
berbincang sesama mereka tentang keindahan dunia.
kami tak rela telinga-telinga mereka disumbat dengan kelalaian dunia.
kami tak rela membiarkan mereka alpa..

kerana kami ingin ke syurga..
bersama MEREKA~...
MAAFKAN KAMI YA ALLAH
YA RASULULLAH

Saturday, December 17, 2011

DELIMA

 ptg td ana jalan2 kat pasar.
hajat membeli beberapa barang dapur.
tibe2 ternampak delima yg dijual dgn byaknya di pasar camp ceaser,Alexandria
"aish,sedap jgak delima nie.."

mata liar mencari longgokan buah delima yang paling merah.
paling merah=paling sedap.
dan akhirnya tertancap pada 1 sudut
seorang pakcik dan buah delimanya...
"assalamualaikum ya amm,bikam kilo?"
(salam pakcik,brape sekilo?)
"bi arba'ah genih"
(4 genih)
"aiwah ,aiz kilo"
(ok,saya nak sekilo)

tibe2 datang seorang makcik.mgkn hajatnya nk membeli buah delima jugak.
makcik 2 pnyela belek2..pusing2..korek2..longgokan buah delima yg merah2 dan comel2 tu.

apa lg..pakcik yg jual 2 pn x puas hatila..
pakcik :kenapa belek2 nie?.
makcik: nak  carik buah paling cantikla
pakcik: x nampak ke buah saya yg paling merah n bagus.kenapa masih nk carik2 yg cantik
makcik: yg kau marah2 nie kenapa.....

dan seterusnya berlakulah pergaduhan biasa masyarakat arab................

dan buat sekelian kalinya..hati aku tersentak..
cuba tukarkan watak pakcik 2 dgn Allah..
Allah dah sediakan yg terbaik buat kita..
segala-galanya paling baik.
paling sempurna sesempurna delima merah yg disediakan pakcik td...

dan tukarkan watak makcik 2 kepada kita..
kenapa kita masih mencari2 delima yg lebih merah?
kenapa kita masih mencari-cari sesuatu yg lbh baik walau Allah dah ciptakan yg terbaik buat kita?'
kenapa kita mesti merungut dgn kelebihan org n kekurangan kita?..
kenapa msh ada rasa x bersyukur dlm hati?..
kenapa kita masih bersedih n frust menonggeng kalau dtimpa ujian?..

percayalah,dimana pn kita berada di waktu manapun.itulah tempat n masa yg terbaik utk kita bertakwa n dekat kepada Allah.

"BUKAN 'STANDARD ALLAH YG MAHA AGUNG UTK BUAT SESUATU YANG SIA-SIA.
KITA JE YG SELALU MENYIA-NYIAKAN HIDUP INI"

p/s: pakcik 2 marah bila makcik 2 pertikaikan delima dia..tp Allah x pernah marah pn kalau kita x bersyukur .x tarik pn oxygen yg  Dia bg pd kita..how sweeeeeeettt Allah is..<3<3<3..

Friday, December 9, 2011

SELESA~

GULE2 BKN UTK MAKAN SORANG2=)
Ya Allah..
aku dapat nikmat Iman dan Islam yg plg besar Ya Allah..
aku dapat nkmat bsar jumpa jalan dakwah n tarbiyah ini.

klau dulu..
aku sibuk menanda Al-quran dgn kertas-kertas warna.
aku sendri yg mmbuka kitab
mencari dan mgumpul ayat-ayat yg terkesan d hati..
aku sndiri yg shh payah..
mndgr ceramah.baca buku n mencari.
utk mghilangkan kekeringan dan kehausanku
hatiku pada dunia ini..
utk membasahkan hatiku..
tp skrang..
hampir setiap hari aku disuap dgn nikmat peringatan darimu...
manisnya ayat-ayat dan janji-janji Mu..
ada saja akhwat yg akan berkongsi sesuatu yg best tntang kau..
aku hanya menadah..
dgn sedikit usaha..

kalau dlu..
akulah abid yg saban malam bangun berdoa
agar kau mskkan aku dikalangan org2 soleh
agar aku jumpa jalanku yg sbnar.
jlan yang palong dkat dgnmu.
jalan yg plg tenang bila aku berada didalamnya..
aku takut kehilangan kau Ya Allah..
aku takut jauh dari kau..
andai hilang sensitivitiku dalam amalan..
akulah insan yg plg risau..
sibuk bertanya ustazah n rakan2.knape hatiku seoalah2 merasa Allah itu jauh.
tkt kau tggalkan aku,,

tp skrang.
tatkala aku telah bersama dgn orang yg sntiasa mgingatkan aku padamu..
aku lalai dgn qiamku..
sensitivitiku dibiar bisu..
lupa hati ini pernah merayu pada kau dulu....
aku aman dgn sahabat-sahabatku..
aku tenggelam dalam nikmat yg bsar ini Ya Allah..
aku senang berehat dibawah komforter dakwah dan tarbiyah.

Ya Allah..
betapanya aku kufur nikmat kau Ya Allah..
Ya Allah.andai yg kau kira adalah usaha..
aku mohon ampun atas usahaku yg semakin berkurang.
mohon maaf atas kealpaanku lena dalam nikmat yg besar ini..
bimbing aku ya Rabb.
krana aku mmg lemah~
dan sentiasa mgharapkan kau.
*terima kasih kerana mengirimkan ukht ini utk menyentuh hati saya*