Kehidupan orang-orang bertaqwa sangat indah dan penuh keberuntungan. Di dunia lagi Allah telah janjikan pelbagai ‘hadiah’, sebagaimana digambarkan-Nya di dalam al-Quran...
1. Sentiasa mendapat petunjuk. “Mereka itulah (orang-orang bertaqwa) yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung.” (Al-Baqarah: 5)
2. Diberi penyelesaian dari masalah. “Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya akan diberikan kepadanya jalan keluar.” (At-Thalaq: 2)
3. Dipermudah segala urusan. “Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan memudahkan baginya segala urusannya.” (At-Thalaq: 4)
4. Mendapat rezeki dari sumber tidak terduga.“… dan memberinya (orang bertaqwa) rezeki dari sumber yang tidak terduga.” (At-Thalaq: 3)
5. Dikasihi Allah (dengan itu turut dikasihi malaikat dan manusia) “Sesungguhnya Allah menghasihi orang-orang yang bertaqwa.” (Ali Imran: 76)
6. Mendapat keberkatan dari langit dan bumi. “Jika seluruh penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi.” (Al-A’raf: 96)
7. Mendapat keselamatan, pertolongan dan perlindungan dari Allah. “Dan kami selamatkan orang-orang beriman dan mereka adalah orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Fussilat: 18)“… dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah Allah berserta (menolong dan melindungi) orang-orang yang bertakwa.” (Al-Baqarah: 194)
8. Mendapat kemenangan. “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan.” (An-Naba: 31)
9. Terpelihara dari tipu daya musuh. “Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu.” (Ali Imran: 120)
10. Diberikan ‘furqan’ (petunjuk untuk membezakan yang benar dan salah) “Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu Furqan.” (Al-Anfal: 29)
CIRI-CIRI KHUSUS ISLAM : a)rabbaniyyah~ketuhanan~ b)syumuliyyah~menyeluruh~ c)inqilabiyyah~teguh diatas kejahilan~ d)'alamiyyah~universal~ e)waqi'iyyah~realiti~ f)thabat wa murunah~tetap dan anjal~
1. RABBANIYYAH (KETUHANAN)
Ianya membawa erti bahawa Islam ini datangnya daripada Allah yang bersifat Rab. Manusia hanya sebagai pelaksana kepada segala ketentuan yang telah ditetapkan. Seseorang itu disebut rabbani apabila mempunyai hubungan dengan Allah. Ciri Rabbaniyyah ini akan melahirkan mukmin bersifat Rabbani iaitu beriltizam dengan Islam dari segi iktikad, pemikiran, cita-cita, percakapan, dan perbuatan. Sudut Rabbani terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan:
matlamat: melakukan sesuatu hanya untuk mendapat keredhaan Allah SWT. tujuan hidup: mengaplikasikan wahyu Allah dan sunnah Rasulullah SAW dimana akhirnya tercapai matlamat tersebut iaitu mendapat keredhaan Allah SWT.
Ia bererti Islam menjadikan hubungan yang baik dengan Allah, pengabdian kepada Allah dan mendapat keredhaanNya sebagai matlamat terakhir kehidupan. Inilah matlamat hidup insan di dunia ini. Kesemua ajaran Islam yang baik yang bersangkutan dengan aqidah, muamalat, akhlak dan lain-lainnya adalah bertujuan untuk menyiapkan manusia supaya menjadi hamba kepada Allah semata-mata.
Kesan Rabbaniyah terhadap Jiwa Manusia: » Mengetahui matlamat hidup manusia di dunia. » Mengenal fitrah. » Selamat dari pertentangan dengan diri sendiri. » Bebas dari perhambaan sifat ananiah dan runtuhan hawa nafsu.
Rabbani dari manhaj dan sumber: Rabbani dari sudut manhaj membawa erti manhaj ini adalah Rabbani kerana ia bersumberkan dari wahyu Allah kepada Muhammad s.a.w. . Sumber ajaran Islam ialah Allah yang mensyariatkan hukum dan cara pelaksanannya. Oleh itu Islam ialah wahyu Allah kepada Nabi Muhammad. Sumber Rabbani juga merupakan asas pembentukan dan perkembangan individu dan masyarakat.
Kesan Sumber dan Manhaj Rabbani: » Islam terhindar dari segala bentuk kekurangan » Terhindar dari pengaruh kekayaan » Islam sesuai untuk manusia » Mendapat penghormatan dan kehormatan.
2. SYUMULIYYAH (MENYELURUH)
Ia bererti ajaran Islam lengkap dan menyeluruh. Ruang lingkup ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa terkecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah kepada sebesar-besar perkara.
"Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan (daging) haiwan yang disembelih bukan atas (nama) Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang terjatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih. Dan (diharamkan pula) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan pula) mengundi nasib dengan azlam (anak panah)(kerana) ini suatu perbuatan fasik.Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu,sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka,tetapi takutlah kepadaKu. Pada hari ini Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan Aku redha Islam sebagai agamamu. Tetapi barangsiapa terpaksa kerana lapar bukan kerana ingin berbuat dosa,maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(Al-Maidah 5:3)
Ayat di atas menunjukkan Allah tidak membebankan umatNya yang dalam kesusahan, malah mempermudahkan mereka dengan membenarkan mereka yang dalam darurat memakan daging yang diharamkan tetapi sekadar untuk meneruskan hidup mereka.Sesungguhnya Allah Maha Penagampun kepada umatNyA yang bertaubat selepas melakukan kesilapan.
Sudut kesyumulan Islam:
1) Undang-undang
Islam telah mengemukakan undang-undang kepada manusia untuk mengatur hubungan sesama manusia. Islam telah menjelaskan hukuman-hukuman terhadap mereka melanggar hukuman sama ada yang berkait rapat dengan sivil atau jenayah seperti hukuman hudud dan qisas. Hukum yang bersangkut dengan urusan hubungan sesama manusia dengan Allah seperti solat, haji, puasa dan ibadat lain. Hukum-hukum yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia seperti hukum nikah, muamalah, kehakiman, hukum berkait dengan orang bukan Islam, hukum antarabangsa, hukum berkait dengan pemerintahan negara, harta dan hukuman denda kepada pesalah yang melakukan kesalahan.
2) Keadilan
Islam telah memperjuangkan keadilan. Keadilan dalam Islam adalah memberikan hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan. Keadilan adalah wajib diberikan kepada semua insan baik muslim, ahli keluarga atau bukan ahli keluarga.
3) Kehakiman
Islam telah mengemukakan sistem kehakiman. Ini bermaksud bahawa Islam menentukan di dalam perhubungan permasalahan sesama manusia amat memerlukan seorang hakim yang dapat menghukum dan menyelesaikan perselisihan mereka serta dapat mengembalikan hak kepada yang berhak. Islam telah menetapkan bahawa kehakiman merupakan fardhu dimana setiap hakim muslim mestilah menjatuhkan hukuman mengikut syariat yang telah ditentukan oleh Allah.
4) Negara
Dalam soal bernegara, Islam telah menjelaskan soal hukum-hakam berkenaan persoalan negara.Islam bukanlah teratas dalam lingkungan hubungan manusia dengan Allah sahaja, malah menyusun hubungan manusia sesama manusia dan hubungan jamaah dengan jamaah yang lain. Ketua negara dipilih dikalangan orang Islam sesuai dengan syariat-syariat seperti sifat Quwwah dan amanah. Peranan ketua negara Islam ialah melaksanakan syariat dan membimbing manusia untuk melakukannya.
5) Akhlak
Islam amat mengambil berat soal akhlak. Pengambilan berat Islam terhadap akhlak jelas dengan apa yang digariskan oleh al-Quran tentang sifat-sifat dan akhlak yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang beriman.
6) Ilmu
Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah makrifat dan mengenali hakikat sesuatu dengan tepat dan mengetahui sesuatu yang diturunkan oleh Allah, mengetahui tujuan manusia diwujudkan oleh Allah dan kehidupan akhirat yang mengakhiri manusia. Ilmu yang paling tinggi dalam Islam ialah ilmu yang membawa kepada mengenali Allah.
3. INQILABIYYAH(TEGUH DIATAS KEJAHILAN)
Inqilabiyah yakni tertegaknya Islam dengan runtuhnya jahiliyah. Hal ini memberi kita maksud bahawa maaruf yang perlu dilaksanakan selari dengan mungkar yang mesti dihapuskan, bukan sekadar kita mengajak orang kepada kebaikan dan pada masa yang sama tidak cuba menghapuskan kemungkaran yang semakin bermaharajalela.
Dengan kata lain, inqilabiyah ialah melaksanakan perubahan total iaitu dengan mencabut dan meruntuhkan jahiliyyah serta membangunkan atau menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah itu. Mesti bersifat tajarrud, iaitu membebaskan diri daripada prinsip lain daripada Islam.
Menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam tidak boleh bercampur dengan Jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan. Sebagai contoh kita ingin menegakkan Islam lalu kita menganjurkan banyak aktiviti dan program berunsurkan islam tetapi dalam masa yang sama konsert Jom Heboh, kedai bar minuman keras, disko dan lain-lain lagi tempat bertentangan dengan syaro’ sama naik maju dengan program dan aktiviti keagamaan. Wajarkah begitu?
4. ALAMIYYAH (UNIVERSAL)
Alamiyyah bermaksud sesuai untuk semua orang dan tempat. Islam sesuai untuk orang Arab, Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain kerana dakwah untuk semua manusia, tidak kira bangsa, warna kulit dan keturunan.. Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa tertentu sahaja. Ia sesuai di semua tempat sama ada di Kutub Selatan, Khatulistiwa dan sebagainya. Dengan kata lain ia sesuai di zaman Rasulullah dan juga sesuai di zaman teknologi moden yang serba canggih ini. Ajarannya sesuai hingga hari kiamat.
Nilai-nilai Islam bersifat sejagat dan menjamin hak asasi manusia. Islam juga meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara.
5. WAQI’IYYAH (REALITI)
Islam adalah mengikut suasana dan tempat. Contohnya : Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara penutupannya mengikut tempat dan suasana umat Islam.
Jadi, ia merupakan praktikal bukan utopia, semula jadi atau mampu diamalkan oleh semua manusia. (berpijak di bumi nyata).
6. THABAT WA MURUNAH (TETAP DAN ANJAL)
Thabat wa Murunah ertinya tetap dan anjal. Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal, boleh berubah dan fleksibel dari segi pelaksanaannya.
Contohnya : Solat adalah wajib dan pelaksanaannya boleh dibuat secara jama’ dan qasar bagi mereka yang bermusafir. Begitu juga ketika sakit, solat boleh dilakukan secara sambil duduk atau berbaring. Ini bermaksud,solat tetap dilakukan walaupun ketika dalam kesusahan kerana solat ialah tiang agama.
7. Ciri-ciri lain.. = Risalah dan jalan penyampaian jelas.
Kata-kata Sayyid Qutb : "Manhaj ini akan dapat dilaksana jika ianya dipikul oleh sekumpulan manusia yang benar-benar mengimani kebenaran manhaj ini. Mereka beristiqamah dengan manhaj ini menurut kemampuan mereka dan berusaha untuk menerapkannya dalam hati dan kehidupan mereka. Mereka mengorbankan segala-galanyanya demi merealisasikan matlamat ini….. Melawan hawa nafsu dan menentang sesiapa yang dikuasai oleh hawa nafsu…"
Perkongsian dari ana dan sahabat ana= Dipetik daripada Kitab Mau'izatul Mu'minin, karya Imam Al-Ghazali
Jika kamu ingin berbual secara baik dan sopan, maka ikutilah petunjuk-petunjuk ini:
1. Hadapilah kawanmu atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan dan kerelaan serta penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan sekali-kali kamu menampakkan sikap angkuh, sombong dan berasa tinggi diri.
2. Rendahkanlah dirimu tapi bukan kerana perasaan kurang harga diri. Dalam segala hal, letakkan menurut ukuran yang pertengahan, sebab sesuatu yang berlebihan dari segala macam perkara itu pasti tidak baik dan tercela. Jangan gemar melihat di kedua sampingmu, kanan atau kiri. Jangan pula banyak menoleh ke mana-mana. Jangan pula terlampau tajam memandang orang lain.
3. Jikalau engkau duduk, maka janganlah seolah-olah sebagaimana orang yang tidak tenang duduknya dan seperti orang yang hendak melompat-lompat sahaja.Usahakanlah supaya dudukmu itu sentiasa tampak tenang, kata-katamu selalu teratur dan tertib.
4. Dengarlah hati-hati percakapan orang yang ada di mukamu, tanpa menunjukkan kehairanan yang amat sangat. Jangan pula engkau biasa meminta orang lain mengulangi perbicaraannya.
5. Jikalau ada hal-hal yang mentertawakan, maka diamlah secepat mungkin.
6. Janganlah dalam bercakap-cakap itu engkau membanggakan dirimu sendiri, anak-anakmu, rambutmu, karangan-karanganmu atau apa sahaja yang engkau anggap suatu keistimewaan dalam dirimu atau keluargamu.
7. Jikalau engkau berdebat, pegang teguhlah kesopanan. Janganlah engkau dianggap manusia yang bodoh dan tolol oleh orang lain, terutama oleh lawanmu. Jauhkanlah sikap tergesa-gesa, fikirkanlah masak-masak hujah atau bantahanmu.
8. Jangan sesekali berisyarat dengan menggunakan tangan dan jangan pula suka menoleh ke belakang.
9. Jikalau engkau sedang marah, diamlah dulu dan setelah reda kemarahanmu, ucapkanlah isi hatimu dengan baik.
salam mahabbah buat sahabat yang dikasihi Allah...
salam yg indah,seindah mawar yg mekar...
salam yg harum seharum bunga kasturi
salam yang dingin sedingin air telaga kauthar
dan salam yg cerah mengalahkan cerahnya cahaya mentari pagi...
salam ukhwah fillah...
salam pembukaan blog kita bersama.
aku sering tertanya2....
apakah yang ada pada ukhwah fillah sahabat?...
serangkap kata yang saban hari tertulis dikaki surat
dan kadangkala sebagai penamat kata di dalam sms..
juga kadangkala dilisankan dibibir saat perpisahan berlaku atau kala rindu menggamit hati...
adakah kita menghayati makna ukhawah fillah saat kita menyebutnya?.
adakah maksudnya menyerap masuk dalam hati..
atau hanya sekadar kata pengulangan ayat yang terbiasa dgn suasana islam dan budaya mesir sendiri..
atau kalau kita menghayatinya,
adakah penghayatan kita sama darjatnya dgn ukhwah fillah disisi Allah..
darjat ukhwah yang Allah inginkan..
adakah sehebat Rasulullah dan para sahabat..
ukhwah yg dijanji dan disebut atas nama zat yang Maha Agung...
adakah tertunai hak2 kita seperti yang Allah inginkan?..
UKHWAH FILLAH..
sayangkah anda pada ibu?..ayah?..adik-beradik..
dan saudara?.. percayakah anda kalau ingin ku nyatakan bahawa ukhwah yang terbentuk fillah lebih hebat dari pertalian darah
ukhwah ini atas dasar akidah(bersama mempercayai kewujudan dan keesaan Allah)..
dan akidah itu sandarnya pada Allah
bukan analisa DNA yang hanya terbukti didunia
malah mampu menjadi tebusan untuk menunju jannah Allah..
Memetik kata – kata Imam Hasan Al-Banna,
Ukhwah ialah, 'Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah'. 'Akidah adalah ikatan yang paling kuat dan berharga. Ukhwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati (terhadap saudara seIslam) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain daripada diri sendiri)สน
ALLAH ada merakamkan di dalam surah al Taha ayat 29 – 35 [20: 29 – 35] tentang Nabi Ibrahim yang meminta pada ALLAH agar Dia mengurniakan seorang teman disisinya. Apakah cirri – ciri teman yang Nabi Ibrahim mahukan?
“dan jadikanlah bagiku seorang penyokong (pembantu dari keluargaku iaitu Harun, saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku agar kami banyak bertasbih kepadaMu dan mengingatiMu, sesungguhnya Engkau Maha Melihat keadaan kami” [20: 29 – 35]
jadi renungkanlah,
apakah perasaan aku..kau..dan mereka..
saat kita bersama-sama menyebut ukhwah fillah?
renungkan betapa beratnya perkataan ukhwah fillah..
ukhwah yg seolah2 tiada penghujungnya..
subhanallah~
Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
Ya rabb,
maafkan kami ,
andai kami hanya menggunakan namamu...
untuk kepentingan diri kami..
andai kami menggunakan namamu hanya sebagai adat..
andai kami menggunakan namamu untuk kelihatan lebih thiqah..
kurniakanlah kami ukhwah fillah
ukhwah antara 2 saudara yang dijanji mendapat kemanisan iman..
Ya Allah,
sepanjang hayat kami hidup didunia kami..
berilah kami merasai kemanisan iman..
meski walau sesaat..
jika rasulmu yang mengatakan manis Ya Allah..
mesti manisnya teeerrraaaammaaaattt MANIS~...
kami amat mendambakannya..... sesungguhnya engkaulah yang maha mendengar..
sahabatku,
maaf andai ada kata2ku yang tersalah atau tak sedap dibaca
kerana ingin ku akui,inilah kali pertama aku menulis artikel begini..
bimbinglah aku...
tiada satu pun bait tulisanku terluah dibibir..
kerana aku menulis dari hati..
dan harapanku sampainya juga ke hati..
salam ukhwah ....(fillah?)...Insya Allah...
“dan Dia (ALLAH) yang menyatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua kekayaan yang berada di bumi nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka tetapi ALLAH telah menyatukan hati mereka. Sungguh, ALLAH Maha Perkasa, Maha Bijaksana. (8:63)
Bersangka baiklah pada sahabat kita kerana itu serendah – rendah darjat dalam ukhwah.
bLOG InI dI KhASkAN bUAT mEreKA yaNG fAHAm dGn IsTiLAH, gaYA baHAsa, daN pEribaHAsa YAnG diGunakan. dAN aMNya Buat MerEKa YAng MAsIH mENCAri ERTI HIDUP yaNg SeBENar