Ana bersuara sebaik sampai ke sebuah kedai runcit.
sudah lebih 2 hari ana begini, pergi dari kedai ke kedai mencari kotak, untuk berpindah ke rumah baru.
RI(Rumah Islam)!
sementara pakcik tersebut mengambil kotak,ana meninjau2 kedai tersebut.
bersih,kemas.kedainya kecil!..tapi sangat kemas.
bila disebut RI:
pasti ada yang terbayang,suasana sibuk-ramai-kelam kabut-tiada privacy.
dan mungkin ada diantara RI yang terlepas pandang tentang isu kebersihan.
dan mungkin terdetik juga dihati kita
"mak aih,kate RI!rumah tempat orang berkumpul buat sharing,buat program lillah.tapi kenapa bersepah semacam?"
terpukul dengan dialog diatas.hatiku risau.
apakah rupa bakal RI baru nanti.
mampukah aku untuk menjaga kebersihan.yang katanya separuh dari iman itu?
berfikir..berfikir...berfikir...
tiba-tiba bahuku ditepuk ukhti bakal teman sebilik di RI nanti.
"Ana, penatlah angkat barang tadi, itu baru utk ana sorang.ana nak anak 8 orang.macamanalah nti?.."
aku tersenyum..ha! maka akan terungkailah masalah kebersihan bersama nanti.
pastinya aku gembira bakal punya teman sebilik yang ingin anak ramai!
masuk RI adalah medan terbaik utknya melatih diri menjadi ibu yang akan beranak ramai.
Ibu mithali yang akan mahir dalam konteks adaptasi dengan keserabutan dan ibu yg akan membentuk anak dengan nilai Islam yang sebaiknya
dan salah satunya nilaI KEBERSIHAN!
=D
Diceritakan bahwa pada suatu hari seorang soleh bernama Ata' Al Azraq disuruh isterinya pergi kepasar untuk membeli suatu keperluan.
"Bang ,boleh tolong pergi kepasar." kata isterinya. "Hendak membeli apa ?" "Membeli tepung.Bahan makanan kita untuk hari ini sudah habis." "Mana wangnya ? Aku tidak mempunyai wang." kata Ata'. "Ini wangnya dua dirham."
Pergilah Ata' Al Azraq ke pasar untuk membeli tepung berbekalkan hanya wang dua dirham itu sahaja.Sekiranya wang tersebut hilang tentu dapur runmahnya tidak berasap.
Sesampainya di pasar sedang dia mencari kedai yang menjual tepung tiba2 terlihat seorang hamba abdi sedang menangis.Dia berdiri di bawah sebuah bangunan sembil mengesat2 air matanya yang mengalir tidak berhenti2.Kelihatannya begitu sedih dan takut sekali namun tiada seorang pun yang mengambil tahu apa yang terjadi kepadanya.
Ata' sangat kasihan melihat keadaan hamba tersebut lalu menghampirinya untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya.
"Mengapa kamu menangis ? Tak baik menangis di tempat orang ramai seperti ini." kata Ata'. "Aku kehilangan duit." jawab hamba tersebut. "Kalau sedah hilang mahu dibuat macamana lagi ?" "Tapi duit tersebut milik tuan saya yang disuruh membeli barang." "Agak2 di mana ia hilang ?" "Tak tahu.Aku sudah puas mencarinya namun tidak juga berjumpa." "Kalau begitu beritahu saja pada tuanmu,tak usah menangis." "Aku takut dia akan marah dan memukul aku." kata hamba itu ketakutan.
Ata' sangat kasihan terhadap hamba itu.Dia dapat membayangkan sekiranya tuan hamba itu seorang yang kejam dan kaki pukul tentu hamba tersebut akan dibelasahnya.
"Berapa duit yang hilang itu ?" tanya Ata' lagi. "Dua dirham saja." "Kalau begitu ambillah wang dua dirham ini sebagai pengantinya dan belilah apa2 yang disuruh oleh tuanmu." "Terima kasih pak cik." kata hamba itu.
Dengan wang dari Ata' tadi si hamba segera beredar dari tempat tersebut dan pergi ke kedai membeli barang yang dipesan oleh tuannya.Tinggallah Ata' terpaku sebentar kerana tidak tahu apa yang hendak dibuat.Dia berfikir2 bahwa isterinya sedang menunggu2 tepung yang dipesannya namun wangnya sudah tidak ada lagi.
Bagaimanakah dia akan mendapatkan tepung ? Padahal perutnya dan perut keluarganya sudah lapar.Untuk pulang dan berterus terang kepada isterinya dia takut kalau2 isterinya akan marah.
Dalam keadaan binggung dia pergi ke masjid.Di sana dia mengambil air sembahyang lalu mengerjakan solat sebanyak2nya.Lepas itu dia berdoa kepada Allah meminta rezeki dan lain2.Dia juga mengharap agar ada sesuatu yang dapat menghilangkan kesempitannya namun tiada jua
Kemudian dia pergi ke sebuah kedai milik kawannya yang bekerja sebagai tukang kayu.Di situ dia bertanya barangkali ada sesuatu yang dapat dimanaafatkannya.
"Aku tidak ada apa2.Serbuk kayu adalah.Kau boleh ambil itu untuk menyalakan api." kata temannya.
Dari pulang dengan tangan kosong Ata' membuka kantongnya lalu diisinya dengan serbuk kayu tersebut sehingga penuh. kemudiann diikatnya dan dibawa pulang.Orang yang tidak tahu menyangka tentu di dalam kantong tersebut berisi tepung sebagaimana kebiasaaanya.
Setibanya di rumah,Ata' membuka pintu lalu diletakkannya kantong tersebut.Kemudian dia bergegas pergi ke masjid dam mengerjakan solat sambil berdoa kepada Allah.Seolah2 dia tidak mahu tahu apa yang akan terjadi sekiranya isterinya membuka kantong tersebut yang isinya hanyalah serbuk kayu.
Dia terus berada di masjid sehingga selesai menunaikan solat Isyak dan tidak mahu pulang juga.Apabila diagak keluarganya sudah tidur maka pulanglah Ata' ke rumahnya.
Dengan perlahan2 dia melangkah agar orang yang tidur tidak sedar kedatangannya.Tetapi didapatinya keluarganya belum tidur malah sedang membuat roti yang sangat sedap baunya.Dia sangat hairan dari mana keluarganya mendapat tepung sedangkan wang untuk membeli tepung tadi digunakan untuk menolong orang.
"Dari mana adinda mendapat tepung ?" tanya Ata' "Dari kantong yang abang bawa itulah,dari mana lagi.Saya kan suruh abang membeli tepung tadi,dah lupakah ?" jawab isterinya. "Ooooo. ya...ya." kata Ata' pura2 lupa.
Ata' sedar bahwa tepung itu adalah kurnia Allah.Dia telah merubah serbuk kayu pemberian temannya itu menjadi tepung yang sangat baik karna Dia Maha Kuasa berbuat apa sahaja.Itu semua adalah berkat keikhlasannya menolong orang dan mengembirakan orang yang dalam kesusahan
Benarlah bahwa barang siapa yang mengembirakan saudaranya yang sedang kesusahan Allah akan mengembirakannya.Sebaliknya barang siapa yang yang membuat saudaranya susah,Allah akan menyusahkannya.
Tuesday, August 31, 2010
Coretan seorg hamba
Di dalam sujudku Kau dengar tangisanku Di dalam doaku Kau dengar rintihku Sepanjang hayatku Kau lihat segala perbuatanku
Setiap perbuatanku Kau catat segala dosa pahalaku
Di dalam khayalku Kau datang mengingatiku Di dalam kegagalanku Kau datang memberi pertolongan-Mu Di dalam kesedihanku Ayat-Mu melantun ke halwa telingaku Meleraikan lara jiwaku Di dalam usahaku Kau beri kejayaan-Mu Di dalam kegembiraanku Kau kurniakan nilai tawa padaku Di dalam buntuku Kau datang memberi Hidayah-Mu
Jika aku bukan Islam Pasti tiada coretan ini di dalam hidupku Kerana nikmat seorang Islam amat sukar dicoretkan oleh seorang kafir
Aku tadah tanganku Ku bersyukur pada-Mu Ya Allah, Hindarilah aku dari terpesong dari jalan-Mu
Kerana Kau Yang Maha Mengetahui Kau lah sebaik-baik perancang Maka tetapkanlah yang sebaik-baiknya buatku Supaya dapat ku teruskan hayatku dengan penuh ketakwaan pada-Mu
sedang bercinta? Ada ape dgn cinta??..
Mule2..kte mulekan dgan ta’rif (pengenalan) yea?...
Cinta dari segi bahasa: sesuatu yang disyariatkan islam yang mmbawa
kpada kedamaian,ketenangan dan kesenangan hati bagi manusia
yang mengalaminya Dosa dari segi bahasa: sesuatu yang mendatangkan keresahan dan kegusaran hati mereka
yang melakukannya..
السؤل الاول (soalan pertama)
Adakah anda tenang bila bercouple?...! tepuk dada tanyalah iman
Jawapannya tentulah tidak tenang..
Mana taknya..24 jam asyik pikir pasal couple anda…sihatkah si dia?..dah makan ke belum?..
kemane hari ini?..dgn siapa?..
dan kite jugak turut memkirkan
Pikir macamana kalau mak,ayah tau..pihak tajaan tahu..
pikir macamna kalau adik kakak tahu..
macamane nk keluar berjumpe melepaskan rindu...
macamne kalau terkantoi dgn jaksi...
Nanti diorang bgtau mak…
Pikir pandangan kawan2..dan beratus2 pemikiran lagi..
Itukah cinta????
budaya couple bukanlah cinta hakiki dari sudut islam melainkan dosa dan hasil bisikan syaitan semata-mata…kita termanipulasi dgan ghuzwatul fikr(perang ideologi) yang dirancang oleh barat..couple dianggap perkara biasa...dosa dianggap ringan,malah bagi mereka yang ingin mencegah pada mulanya terus terdetik..."alah couple,biasela 2!!"...hati jadi mati dari mencegah maksiat...lari dari keterkejaran akhirat..
pegangla surah Al-Isra’ ayat 31 baik2
"Dan janganlah kamu MENDEKATI zina,itu sungguh suatu perkara keji dan suatu jalan yang buruk"
itu bukan pesan mak, bkn pesan cikgu..bkn juga pesan nabi...itu adalah pesan Allah yang maha agung..tuhan yang cipta setiap manusia...tuhan yang maha pemurah..subhanallah..
sape yang teringin nak bercouple 2..nasihatku, simpanlah dirimu bak permata wahai sahabatku,nescaya yang sunting nanti bkanlah calang2 jauhari.sekali lg Bukan janji ana, tapi janji Allah dalam surah An-Nur ayat 26
"perempuan-perempuan yg keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji(pula),sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula...."
Bak kata orang prevention is better than cure…=p
Kepada yang pernah bercouple…sebelum hidayah Allah ditarik balik oleh tuannya, undurlah walau payah, walau dipulaukan dan dihina, walau bagai ingin terpisah jasad dan nyawa..walau sesusah manapun..ingatlah kata syara':
“nahnu nahkum bizawahir, Allahu yahkum bissarair” (manusia mghukum dgan apa yang dilihat, Allah mghukum dgan rahsia disebaliknya)..
semoga diampunkan...
pesan cikgu kat sekolah dulu..”apa2 yang berlaku pada awak anggaplah ia bayaran atas kesilapan yang awak lakukan”…..we deserve to get it...syurga bkn percuma kawan2!!..jangan biarkan hati terus mati mengejar yang pasti...
p/s: harapanku bkn utk semua berhenti couple kerana mmg mustahil untuk berubah hanya dgn sepotong artikel...cuma cukuplah kalian semua pernah mendengar teguran ini supaya jika kalian ditegur lagi, artikel ini mampu mengukuhkan azam kalian untuk berubah....wallahu alam..
Kehidupanku dimulai dengan kesia-siaan, mabuk-mabukan, maksiat, berbuat zhalim kepada manusia, memakan hak manusia, memakan riba, dan memukuli manusia. Kulakukan segala kezhaliman, tidak ada satu maksiat melainkan aku telah melakukannya. Sungguh sangat jahat hingga manusia tidak menghargaiku karena kebejatanku.
Malik bin Dinar Rohimahullah menuturkan: Pada suatu hari, aku merindukan pernikahan dan memiliki anak. Maka kemudian aku menikah dan dikaruniai seorang puteri yang kuberi nama Fathimah.
Aku sangat mencintai Fathimah. Setiap kali dia bertambah besar, bertambah pula keimanan di dalam hatiku dan semakin sedikit maksiat di dalam hatiku.
Pernah suatu ketika Fathimah melihatku memegang segelas khamr, maka diapun mendekat kepadaku dan menyingkirkan gelas tersebut hingga tumpah mengenai bajuku. Saat itu umurnya belum genap dua tahun. Seakan-akan Allah Subhanahu wa Ta'ala -lah yang membuatnya melakukan hal tersebut.
Setiap kali dia bertambah besar, semakin bertambah pula keimanan di dalam hatiku. Setiap kali aku mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala selangkah, maka setiap kali itu pula aku menjauhi maksiat sedikit demi sedikit. Hingga usia Fathimah genap tiga tahun, saat itulah Fathimah meninggal dunia.
Maka akupun berubah menjadi orang yang lebih buruk dari sebelumnya. Aku belum memiliki sikap sabar yang ada pada diri seorang mukmin yang dapat menguatkanku di atas cobaan musibah. Kembalilah aku menjadi lebih buruk dari sebelumnya. Setanpun mempermainkanku, hingga datang suatu hari, setan berkata kepadaku: “Sungguh hari ini engkau akan mabuk-mabukan dengan mabuk yang belum pernah engkau lakukan sebelumnya.” Maka aku bertekad untuk mabuk dan meminum khamr sepanjang malam. Aku minum, minum dan minum. Maka aku lihat diriku telah terlempar di alam mimpi.
Di alam mimpi tersebut aku melihat hari kiamat.
Matahari telah gelap, lautan telah berubah menjadi api, dan bumipun telah bergoncang. Manusia berkumpul pada hari kiamat. Manusia dalam keadaan berkelompok-kelompok. Sementara aku berada di antara manusia, mendengar seorang penyeru memanggil: Fulan ibn Fulan, kemari! Mari menghadap al-Jabbar. Aku melihat si Fulan tersebut berubah wajahnya menjadi sangat hitam karena sangat ketakutan.
Sampai aku mendengar seorang penyeru menyeru namaku: “Mari menghadap al-Jabbar!”
Kemudian hilanglah seluruh manusia dari sekitarku seakan-akan tidak ada seorangpun di padang Mahsyar. Kemudian aku melihat seekor ulat besar yang ganas lagi kuat merayap mengejar kearahku dengan membuka mulutnya. Akupun lari karena sangat ketakutan. Lalu aku mendapati seorang laki-laki tua yang lemah. Akupun berkata: “Hai, selamatkanlah aku dari ular ini!” Dia menjawab: “Wahai anakku aku lemah, aku tak mampu, akan tetapi larilah kearah ini mudah-mudahan engkau selamat!”
Akupun berlari kearah yang ditunjukkannya, sementara ular tersebut berada di belakangku. Tiba-tiba aku mendapati api ada dihadapanku. Akupun berkata: “Apakah aku melarikan diri dari seekor ular untuk menjatuhkan diri ke dalam api?” Akupun kembali berlari dengan cepat sementara ular tersebut semakin dekat. Aku kembali kepada lelaki tua yang lemah tersebut dan berkata: “Demi Allah, wajib atasmu menolong dan menyelamatkanku.” Maka dia menangis karena iba dengan keadaanku seraya berkata: “Aku lemah sebagaimana engkau lihat, aku tidak mampu melakukan sesuatupun, akan tetapi larilah kearah gunung tersebut mudah-mudahan engkau selamat!”
Akupun berlari menuju gunung tersebut sementara ular akan mematukku. Kemudian aku melihat di atas gunung tersebut terdapat anak-anak kecil, dan aku mendengar semua anak tersebut berteriak: “Wahai Fathimah tolonglah ayahmu, tolonglah ayahmu!”
Selanjutnya aku mengetahui bahwa dia adalah putriku. Akupun berbahagia bahwa aku mempunyai seorang putri yang meninggal pada usia tiga tahun yang akan menyelamatkanku dari situasi tersebut. Maka diapun memegangku dengan tangan kanannya, dan mengusir ular dengan tangan kirinya sementara aku seperti mayit karena sangat ketakutan. Lalu dia duduk di pangkuanku sebagaimana dulu di dunia.
Dia berkata kepadaku:
“Wahai ayah, “belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah.” (Qs. Al-Hadid:16)
Maka kukatakan: “Wahai putriku, beritahukanlah kepadaku tentang ular itu.” Dia berkata: “Itu adalah amal keburukanmu, engkau telah membesarkan dan menumbuhkannya hingga hampir memakanmu. Tidakkah engkau tahu wahai ayah, bahwa amal-amal di dunia akan dirupakan menjadi sesosok bentuk pada hari kiamat? Dan lelaki yang lemah tersebut adalah amal shalihmu, engkau telah melemahkannya hingga dia menangis karena kondisimu dan tidak mampu melakukan sesuatu untuk membantu kondisimu. Seandainya saja engkau tidak melahirkanku, dan seandainya saja tidak mati saat masih kecil, tidak akan ada yang bisa memberikan manfaat kepadamu.”
Dia Rohimahullah berkata: Akupun terbangun dari tidurku dan berteriak: “Wahai Rabbku, sudah saatnya wahai Rabbku, ya, “Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah.” Lantas aku mandi dan keluar untuk shalat subuh dan ingin segera bertaubat dan kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Dia Rohimahullah berkata: Akupun masuk ke dalam masjid dan ternyata imampun membaca ayat yang sama: “Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah.”(Qs. Al-Hadid: 16) .....
Itulah kisah taubatnya Malik bin Dinar Rohimahullah yang beliau kemudian menjadi salah seorang imam generasi tabi'in, dan termasuk ulama Basrah. Dia dikenal selalu menangis sepanjang malam dan berkata: “Ya Ilahi, hanya Engkaulah satu-satunya Dzat Yang Mengetahui penghuni sorga dan penghuni neraka, maka yang manakah aku di antara keduanya? Ya Allah, jadikanlah aku termasuk penghuni sorga dan jangan jadikan aku termasuk penghuni neraka.”
Malik bin Dinar Rohimahullah bertaubat dan dia dikenal pada setiap harinya selalu berdiri di pintu masjid berseru: “Wahai para hamba yang bermaksiat, kembalilah kepada Penolong-mu! Wahai orang-orang yang lalai, kembalilah kepada Penolong-mu! Wahai orang yang melarikan diri (dari ketaatan), kembalilah kepada Penolong-mu! Penolong-mu senantiasa menyeru memanggilmu di malam dan siang hari. Dia berfirman kepadamu: “Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada-Ku satu jengkal, maka Aku akan mendekatkan diri-Ku kepadanya satu hasta. Jika dia mendekatkan dirinya kepada-Ku satu hasta, maka Aku akan mendekatkan diri-Ku kepadanya satu depa. Siapa yang mendatangi-Ku dengan berjalan, Aku akan mendatanginya dengan berlari kecil.”
Aku memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar memberikan rezeki taubat kepada kita. Tidak ada sesembahan yang hak selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zhalim.
Malik bin Dinar Rohimahullah wafat pada tahun 130 H. Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala merahmatinya dengan rahmat-Nya yang luas. (Misanul I'tidal, III/426).
Thursday, May 13, 2010
Bismillahirrahmanirrahim..
Seringkah kita terfikir
Bagaimana mulianya dan bersihnya hati Nabi Muhammad Tetap senyum walau dibenci
Tetap tenang bila dimusuhi Tetap membantu walau disakiti Tetap menyeru walau diusir pergi
Tapi kenapakah..
Kenapa kita mudah membenci bila dikasari
Mudah berputus asa bila benda yang dilakukan tidak menjadi
Mudah kecewa bila sahabat menjauhi Mudah futur, futur bila orang lain tidak memahami Mudah terguris bila dinasihati Mudah melatah bila kehendak hatimu tidak dituruti
Apakah pabila tersungkur, terus tersungkur
sirna harapan ..?
Sahabatku,
Diri ku juga begitu
Dalam menempuh tarbiyah tuhan
Hampir tergugah iman di dada
kadangkala rasa jauh dari RahmatNya
Seputar dunia membelakangiku
Mencari ruang-ruang kosong untuk melempiaskan sunyiku Menjahit sisa-sisa ketabahan
supaya ku dapat susuri
hari esok..
Tapi kini ku sedar
jika ku memandang segala-galanya dari Allah
Rasa terpuruk dan keputus-asaan itu semakin beransur
Tetaplah yakin
Allah bersama kita
Yang terbaik di depan mata
Raihlah keikhlasan dalam perhubungan
hubungan kita dengan Pencipta
hubungan kita dengan ibubapa
hubungan kita dengan sahabat-sahabat
kerana kita tidak memiliki mereka
dan mereka pula tidak memiliki kita
hanya hak Allah ke atas kita
Teguhlah ukhuwah keranaNya
kerana Allah itu Maha Penyayang
dan suka dan meredhai hamba-hamba yang berkasih-sayang
keranaNya..
Ayuh kita bangkitkan diri
Tiupkan semangat mujahadah
Agar segala yang indah menghiasi peribadi
kerna qudwah kita adalah Nabi
Kerana itulah sifat hamba Allah yang hakiki
Gapailah dengan penuh percaya diri
Dengan.. BISMILLAH
insya-Allah ku gapai jua
Salam mujahadah..
Alhamdulillah.. Semoga cetusan ilham ini dapat memberi sedikit anjakan semangat kepada kita, dan senyuman itu masih menghiasi di wajahmu. Jangan biarkan FUTUR itu terus hinggap, biarkan ia pergi.. dan diganti dengan optimis. Hiduplah keyakinan dalam perjuangan.
Do the best and Get the Best... bismillah.. ^_^
*special thanks buat sumone yg telah memberi semangat kala 'rasa' itu sempat datang, dan hasilnya tercipta ilham untuk menulis puisi ini. Semoga ana berlapang dada dalam tarbiyah ini.
maaf sekiranya ana insan yg lemah dalam persahabatan.
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t.
Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.
bLOG InI dI KhASkAN bUAT mEreKA yaNG fAHAm dGn IsTiLAH, gaYA baHAsa, daN pEribaHAsa YAnG diGunakan. dAN aMNya Buat MerEKa YAng MAsIH mENCAri ERTI HIDUP yaNg SeBENar