Pages

Thursday, April 22, 2010

salam ukhwah fillah

salam mahabbah buat sahabat yang dikasihi Allah...
salam yg indah,seindah mawar yg mekar...
salam yg harum seharum bunga kasturi
salam yang dingin sedingin air telaga kauthar
dan salam yg cerah mengalahkan cerahnya cahaya mentari pagi...

salam ukhwah fillah...
salam pembukaan blog kita bersama.
aku sering tertanya2....
apakah yang ada pada ukhwah fillah sahabat?...
serangkap kata yang saban hari tertulis dikaki surat
dan kadangkala sebagai penamat kata di dalam sms..
juga kadangkala dilisankan dibibir saat perpisahan berlaku atau kala rindu menggamit hati...

adakah kita menghayati makna ukhawah fillah saat kita menyebutnya?.
adakah maksudnya menyerap masuk dalam hati..
atau hanya sekadar kata pengulangan ayat yang terbiasa dgn suasana islam dan budaya mesir sendiri..

atau kalau kita menghayatinya,
adakah penghayatan kita sama darjatnya dgn ukhwah fillah disisi Allah..
darjat ukhwah yang Allah inginkan..
adakah sehebat Rasulullah dan para sahabat..
ukhwah yg dijanji dan disebut atas nama zat yang Maha Agung...
adakah tertunai hak2 kita seperti yang Allah inginkan?..

UKHWAH FILLAH..

sayangkah anda pada ibu?..ayah?..adik-beradik..
dan saudara?..
percayakah anda kalau ingin ku nyatakan bahawa ukhwah yang terbentuk fillah lebih hebat dari pertalian darah
ukhwah ini atas dasar akidah(bersama mempercayai kewujudan dan keesaan Allah)..
dan akidah itu sandarnya pada Allah
bukan analisa DNA yang hanya terbukti didunia
malah mampu menjadi tebusan untuk menunju jannah Allah..

Memetik kata – kata Imam Hasan Al-Banna,

Ukhwah ialah, 'Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah'. 'Akidah adalah ikatan yang paling kuat dan berharga. Ukhwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati (terhadap saudara seIslam) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain daripada diri sendiri)สน


 ALLAH ada merakamkan di dalam surah al Taha ayat 29 – 35 [20: 29 – 35] tentang Nabi Ibrahim yang meminta pada ALLAH agar Dia mengurniakan seorang teman disisinya. Apakah cirri – ciri teman yang Nabi Ibrahim mahukan?

“dan jadikanlah bagiku seorang penyokong (pembantu dari keluargaku iaitu Harun, saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku agar kami banyak bertasbih kepadaMu dan mengingatiMu, sesungguhnya Engkau Maha Melihat keadaan kami” [20: 29 – 35]


jadi renungkanlah,
apakah perasaan aku..kau..dan mereka..
saat kita bersama-sama menyebut ukhwah fillah?
renungkan betapa beratnya perkataan ukhwah fillah..
ukhwah yg seolah2 tiada penghujungnya..
subhanallah~

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".


Ya rabb,
maafkan kami ,
andai kami hanya menggunakan namamu...
untuk kepentingan diri kami..
andai kami menggunakan namamu hanya sebagai adat..
andai kami menggunakan namamu untuk kelihatan lebih thiqah..
kurniakanlah kami ukhwah fillah
ukhwah antara 2 saudara yang dijanji mendapat kemanisan iman..
Ya Allah,
sepanjang hayat kami hidup didunia kami..
berilah kami merasai kemanisan iman..
meski walau sesaat..
jika rasulmu yang mengatakan manis Ya Allah..
mesti manisnya teeerrraaaammaaaattt MANIS~...
kami amat mendambakannya.....
sesungguhnya engkaulah yang maha mendengar..



sahabatku,
maaf andai ada kata2ku yang tersalah atau tak sedap dibaca
kerana ingin ku akui,inilah kali pertama aku menulis artikel begini..
bimbinglah aku...
tiada satu pun bait tulisanku terluah dibibir..
kerana aku menulis dari hati..
dan harapanku sampainya juga ke hati..

salam ukhwah ....(fillah?)...Insya Allah...



 “dan Dia (ALLAH) yang menyatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua kekayaan yang berada di bumi nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka tetapi ALLAH telah menyatukan hati mereka. Sungguh, ALLAH Maha Perkasa, Maha Bijaksana.
                                 (8:63) 


Bersangka baiklah pada sahabat kita kerana itu serendah – rendah darjat dalam ukhwah.
 

2 comments:

Anonymous said...

salam,

syukran, sblm ni pon saya ada tulis tentang entry ni tp x sempat habis atas sebab komitmen yg lebih utama..

apa pun mabruk atas pembukaan blog ni dan teruskan usaha kerja2 dakwah anda..

Anonymous said...

hanan ehh..hihi..pinjam kata2 imam hassan tu..kenetulan time hanan hntar offline mesej untuk blog ni tadi sya tgah wat entry pasal ukhwah,sahabat gak...what a coincidence...nice tq!:)keep it up

Post a Comment