Pages

Saturday, February 25, 2012

HATI sebuah BLOG



aku termenung Lagi~
sungguh!
kadang-kadang aku bosan menulis.
blogku saban kali sunyi.
tiada pngunjung.
tiada yg sudi bertandang.
kadang-kadang berbulan2 lamanya 
tiada post baru.
namun tiada siapa yg peduli.
sunyi...
kosong..
aku seolah-olah berbicara keseorangan.
harapanku besar.
inginku jadikan blogku wadah
perantaraan yang paling besar buat mereka 
yang sedang mencari hidayah.
Aku ingin mereka tersentuh.
aku ingin sama-sama berkongsi,
manisnya warna-warni hidupku
walaupun beribu lukanya..

berkongsi bersama semangat yang aku rasa.
dan sama-sama mewarnai dunia ini dgn 
crayon 
ISLAM.

tapi mengapa mereka seolah-olah tidak peduli?.
terasa ingin menjerit.
tulisanku sudah kukira sehabis baik dayaku.


satu hari Aku terpana.
terfikirku pada kalam seseorang.
anakku,
kala ini,saat ini.
orang-orang kafir TAK PERNAH berputus asa
menyerang dan memesongkan agama kita.

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasranisehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

dari kecil..remaja..sampai kedewasa
kita di 'tarbiyah' oleh mereka.
Jahiliyah dan umat kita pada masa ini
lekat erat umpama besi panas yang telah lekat dikulit manusia.
hendak dibuang???..
aduh...sakit tak terkira...


aish!! masakan anakku berputus asa??..
sedangkan mereka saling membantu dan berpesan-pesan ke arah kejahilan.
menanamkan dan menghulurkan salam kejahilan di mana-mana



Buktinya,cuba saja anakku pergi ke mana-mana 
blog kawan2 anak.
dan salahkan ejaan nya dari 'blogspot' kepada 'blogpot'


"MEGA SITE FOR BIBLE PROPHECY AND INFORMATION"!!!!

bayangkan seorang yang sedang dalam pencarian mencari agama.
satu demi satu blog dibuka kerana malu untuk bertanya.
dan akhirnya pencariannya berakhir ke blog syaitan durjana itu.
dan banyak informasi yang ada disitu.

nyata lagi bersuluh.
itu bukan kebetulan.itulah agenda mereka 
mencacatkan pencarian dalam  Islam.

adakah patut kita berdiam diri???..
tidak!.perjuangan mesti diteruskan.
agama Islam mesti ditegakkan.
dan akulah,engkaulah,kitalah 
individu2 yang bertanggungjawab meluaskan pencarian Islam ini.
biar beribu blog telah ada..
biar berjuta post telah berjaya menyentuh hati mereka.

tapi umat Islam tetap dahaga.
mencari dan terus mencari.
keran jahiliyah itu sangat senang memasuki.
tetaplah menulis..
teruslah menarikan jari jemari di atas keyboard ini..
memerahkan segala idea dari akal dan sanubari..
demi satu tujuan
menegakkan Islam atas muka bumi
dan mendapat REDHA Ilahi..

No comments:

Post a Comment