Pages

Thursday, May 13, 2010

Bismillahirrahmanirrahim..



Seringkah kita terfikir
Bagaimana mulianya dan bersihnya hati Nabi Muhammad
Tetap senyum walau dibenci
Tetap tenang bila dimusuhi
Tetap membantu walau disakiti
Tetap menyeru walau diusir pergi

Tapi kenapakah..
Kenapa kita mudah membenci bila dikasari
Mudah berputus asa bila benda yang dilakukan tidak menjadi
Mudah kecewa bila sahabat menjauhi
Mudah futur, futur bila orang lain tidak memahami
Mudah terguris bila dinasihati
Mudah melatah bila kehendak hatimu tidak dituruti
Apakah pabila tersungkur, terus tersungkur
sirna harapan ..?

Sahabatku,
Diri ku juga begitu
Dalam menempuh tarbiyah tuhan
Hampir tergugah iman di dada
kadangkala rasa jauh dari RahmatNya
Seputar dunia membelakangiku
Mencari ruang-ruang kosong untuk melempiaskan sunyiku
Menjahit sisa-sisa ketabahan
supaya ku dapat susuri
hari esok..





Tapi kini ku sedar
jika ku memandang segala-galanya dari Allah
Rasa terpuruk dan keputus-asaan itu semakin beransur
Tetaplah yakin
Allah bersama kita
Yang terbaik di depan mata
Raihlah keikhlasan dalam perhubungan
hubungan kita dengan Pencipta
hubungan kita dengan ibubapa
hubungan kita dengan sahabat-sahabat
kerana kita tidak memiliki mereka
dan mereka pula tidak memiliki kita
hanya hak Allah ke atas kita
Teguhlah ukhuwah keranaNya
kerana Allah itu Maha Penyayang
dan suka dan meredhai hamba-hamba yang berkasih-sayang
keranaNya..



Ayuh kita bangkitkan diri
Tiupkan semangat mujahadah
Agar segala yang indah menghiasi peribadi
kerna qudwah kita adalah Nabi
Kerana itulah sifat hamba Allah yang hakiki
Gapailah dengan penuh percaya diri
Dengan.. BISMILLAH
insya-Allah ku gapai jua

Salam mujahadah..


Alhamdulillah.. Semoga cetusan ilham ini dapat memberi sedikit anjakan semangat kepada kita,
dan senyuman itu masih menghiasi di wajahmu. Jangan biarkan FUTUR itu terus hinggap, biarkan ia pergi.. dan diganti dengan optimis. Hiduplah keyakinan dalam perjuangan.

Do the best and Get the Best... bismillah.. ^_^

*special thanks buat sumone yg telah memberi semangat kala 'rasa' itu sempat datang, dan hasilnya tercipta ilham untuk menulis puisi ini. Semoga ana berlapang dada dalam tarbiyah ini.
maaf sekiranya ana insan yg lemah dalam persahabatan.





No comments:

Post a Comment