Pages

Wednesday, May 5, 2010

Keadilan Allah jangan diragui

Seorang wanita telah mengajukan soalan kepada Doktor Muhammad Sa'id Ramadhan Albouti yang berbunyi : Adakah benar wanita itu kurang akal dan agamanya ?.


Beliau menjawab :



Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis sahih , mafhumnya : Tidak aku dapati kaum wanita yang kurang akal dan cetek agamanya dibandingkan lelaki selain dari kamu semua (perempuan).

Yang dimaksudkan dengan kurangnya akal dibandingkan lelaki :
Perasaan kewanitaan pada kaum Hawa lebih mengatasi logik akal pemikirannya. Saya rasa tiada siapa yang menafikan kenyataan ini. Yang saya pasti kebanyakan pakar psikologi bersependapat pada kebenaran ini.

Apa yang penting untuk anda ketahui bahawa kenyataan ini tidak menjatuhkan martabat kaum Hawa. Sama seperti kekurangan emosi dikalangan lelaki bukan satu keaiban. Kurangnya emosi pada lelaki dapat ditampung oleh kaum Hawa. Begitu juga kekurangan logik akal pemikiran kaum Hawa boleh ditampung oleh lelaki.Itulah rahsia kebahagiaan keduanya.

Jika ada lelaki yang dikurniakan baginya wanita yang lebih hebat daya pemikiran mengatasi sifat kewanitaan nescaya lelaki itu menghadapi kehidupan yang rumit bagi minggu-minggu pertama perkahwinannya. Malah ada yang hilang kesabaran.

Begitu juga seorang wanita yang dikurniakan lelaki lebih bersifat kelembutan,beremosi dan kurang daya pemikirannya nescaya ia akan hidup dalam keadaan tertekan dan akhirnya merasa jemu.

Insafilah : Keadilan itu lebih luas maknanya dari kesaksamaan dan kesamarataan.Jangan malu dengan kecacatan,jangan rendah diri kerana hodoh dan jangan rasa terasing dengan perbezaan darjat.Itu semua ujian.Semakin banyak kurnian semakin banyak tanggungjawab.

Hakikatnya orang yang cacat itu ialah orang yang malu dengan ciptaan Tuhan pada dirinya, orang yang hodoh ialah orang yang terlalu merendah diri pada kemungkaran dan orang yang terasing kerana mementingkan darjat.

No comments:

Post a Comment