Pages

Tuesday, December 20, 2011

DAKWAH ITU SUCI~

dakwah itu fitrahnya suci.
dakwah itu fitrahnya bersih,

membawa manusia menuju ilahi.
membentuk manusia
menuju islam kamil n syumul..

tapi Ya Allah.
maafkan kami kalau dakwah kami canggung.
kalau cara kami banyak salahnya.
kalau kata-kata kami banyak mengundang fitnah.

maafkan kami Ya Rasulullah.
kalau dakwah kami banyak cacatnya.
kalau dakwah yang kau bawa mulia.
kami calarkan dgn gurisan yang dalam
kami comotkan dgn warna-warna yang kelam

tapi percayalah Ya Allah.Ya Rasulullah.
segala apa yang kami lakukan
adalah kerana kami rasa,
kerana kami menghayati.
kami dapat selami.
dengan izin dan rahmatmu
indahnya Islam yang sebenarnya.
dan kami ingin berkongsi dgn dunia
apa yang kami rasa.


kami x larat simpan sorang2 Ya Allah.
Ya Rasulullah.
Islam yg Indah.
kami x daya utk kembang
menyedut ilmu sorang-sorang dalam 
keindahan Islam dan duduk diam tanpa menyampaikan.
kerana kami tahu Islam adalah untuk semua.

walaupun disuruh berdiam diri.
kami tak sanggup Ya Allah.
kami tidak rela melihat rakan-rakan kami
berbincang sesama mereka tentang keindahan dunia.
kami tak rela telinga-telinga mereka disumbat dengan kelalaian dunia.
kami tak rela membiarkan mereka alpa..

kerana kami ingin ke syurga..
bersama MEREKA~...
MAAFKAN KAMI YA ALLAH
YA RASULULLAH

1 comment:

syahirah said...

insyaallah segala perkara baik yg kita lakukan ALLAH terima dan kira sbagai amalan :)

Post a Comment